WHY?



Bismillahirahmanirahim… In the name of Allah, Most Gracious Most Merciful..

All life is an experiment. The more experiments you make the better.



 Apabila terusiknya sekeping hati itu. Jangan dibiar ia mengusik iman di dada. Jangan dibiar ia menggoyahkan pendirian dalam jiwa.
Jangan cepat kecewa dengan orang sekeliling kita 
kerana mereka juga manusia bukan malaikat,sama seperti kita 
mereka tidak pernah suci dari dosa, tidak sempurna, akan ada cacat celanya 
manusia itu asalnya dari ‘nasiya’, sifatnya lupa, perlu sentiasa diingatkan, perlu ditunjukkan.



Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu telah berkata : Aku mendengar Rassulullah S.A.W bersabda : Sesungguhnya Allah berfirman : 
Wahai anak Adam! Apabila engkau memohon dan mengharapkan pertolonganKu maka Aku akan mengampunimu dan Aku tidak menganggap bahawa ia suatu yang bebanan. Wahai anak Adam! Sekalipun dosa kamu seperti awan meliputi langit kemudian kamu memohon keampunanKu, nescaya Aku akan mengampuninya. Wahai anak Adam! Jika kamu menemuiku (selepas mati) dengan kesalahan sebesar bumi, kemudiannya kamu menemuiKu dalam keadaan tidak syirik kepadaKu dengan sesuatu nescaya Aku akan datang kepadamu dengan pengampunan terhadap dosa sebesar bumi itu.  
-Riwayat Tirmizi, no 42  Arbaiin-


“Jalan ini  perlu memerlukan kesabaran, maka bersabarlah dengan kesabaran yang baik.”

Move On dan Let Go


Tajuk entry kali ini ialah Move On dan Let Go pada benda yang sudah lepas. Mestilah pasal cinta haha. Ifa just nak share pendapat Ifa. Hmm mesti ada sesetengah orang yang still dalam proses nak pulihkan hati kan? Same goes to me. Bukan senang nak move on dan let go orang yang kita dah sayang. Tapi apakan daya, ini semua ketentuan daripada Allah. Kita kena redha.

MOVE ON dan LET GO adalah dua perkara yang berbeza. Ramai orang yang boleh move on dari cinta yang dulu tapi tak ramai orang yang boleh let go perasaan sayang dan cinta yang ada dalam hati itu. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa sakitnya kita simpan perasaan itu pada orang yang tak sudi pada kita. Bagi sesetengah orang yang tak pernah rasa sakit gila dan hati hancur lebur haha selepas dikecewakan, bagi mereka alaaa nanti lama lama hilang lah. Amboiii cuba kau yang rasa hahaha.

Bagi Ifa, ia mengambil masa yang lama nak pulih. Depends. Ada orang tak sampai seminggu break up dah ada pengganti. Mungkin hati dia senang ditukar ganti ataupun dia buat rebound relationship untuk lupakan cinta yang lepas. Who know. Dan ada juga orang mengambil masa berbulan bulan, or even bertahun tahun! Tapi Ifa respect lah siapa yang lepas break up, dia tak terus on relationship. It shows that hati korang bukan senang untuk diberi kepada orang.

Ifa mengaku lah yang agak sakit hati ini lepas break up. Lagi lagi dengan orang yang pernah jadi kawan baik kita dan kita anggap dia dah macam family kita. Tup tup terkandas tengah jalan. Gila tak sedih. Sobs. Ia ibarat macam kehilangan ahli keluarga lah. Menangis, mata bengkak, serabut gila and so on, thats normal tapi alhamdulillah lah tak rasa nak bunuh diri haha.



Move on? Lepas break up ramai yang cakap, "move on la weh" erghhh diam lah hahaha. Cuba kau kat tempat aku. Hati orang lain lain so dia ada cara tersendiri nak move on. Ok ini pendapat Ifa tentang nak move on.


1. Buang dan lupakan semua yang berkaitan pasal si dia.
Contoh macam gambar. Delete lah, jangan pula pergi tenung lama lama hahaha. Memang lah sayang tapi nak buat macam mana. Nak simpan pun, simpan lah kat tempat yang korang takkan tengok macam kat hardisk ke hahaha. Kalau simpan gambar dalam phone, hmmm kang rindu pulak. Kalau ada barang yang dia bagi, ikut korang lah nak buang ke, bagi balik ke, bakar ke. Tapi bagi Ifa, Ifa simpan sebagai tanda hadiah daripada seorang kawan. Hargai lah apa yang dia beli weh.

2. Jangan dengar lagu sedih.
Ifa kalau sedih, Ifa suka dengan lagu Can't Help Falling In Love With You - Haley Reinhart. Memang leleh habis. Lagu sedih ni kan, bila kita dengar mesti kita bayangkan kita dalam lirik tu. Kurangkan dengar lagu sedih. Better layan kpop! Hahaha


3. Luangkan masa dengan keluarga dan kawan kawan.
Erti kata lain sibukkan diri lah. Dalam masa yang sama, kita pun kena lah minta nasihat daripada family kita or kawan kawan kita. Tiap kali rasa down, cuba minta nasihat daripada mereka. Macam Ifa, tiap kali Ifa rasa down bila teringatkan dia, Ifa akan minta pandangan/nasihat daripada kawan kawan Ifa. Alhamdulillah, mereka semua memahami dan beri nasihat yang menenangkan hati. Itu gunanya ada kawan. Kalau korang jenis time in relationship asyik berkepit dengan pakwe/makwe, bila break up baru terhegeh nak cari kawan, hahaha susah kawan kau nak bagi nasihat weh. Siapa suruh abaikan kawan time in relationship.

4. Stop cari dan cakap pasal si dia.
Seriously stop! Kalau asyik cakap pasal benda dah lepas, memang susah kita nak move on. Ia akan buat kita lagi rindu dan asyik tertanya tanya pasal dia. Ifa selalu jugak lah cakap pasal dia dan risaukan dia. Rasa nak tampooo je pipi sendiri ni haihhh. Stop it la Ifa, dia tak pernah pun ingat kau kan. So please, shut up.

5. Maafkan si dia, tukang perampas (kalau ada), dan paling penting maafkan diri sendiri.
Bukankah lebih baik kita maafkan dengan seikhlas hati? Hati kita akan lebih tenang. Tak perlu nak berdendam. Ifa maafkan segala kesalahan apa yang orang buat kat Ifa walaupun hati Ifa sakit sangat tapi maafkan diri sendiri? Hmmm. Ada satu tahap itu Ifa tak dapat maafkan diri sendiri sebab salah Ifa juga. Kalau kita endahkan pasangan kita, takkannya pasangan kita nak curang. Kan? Lagipun Ifa jenis pentingkan kawan daripada pakwe ni sooo haha maap. So yang ada pakwe/makwe tu, korang layan lah baik baik. Jangan plak tetibe ada jantan/betina lain layan pasangan korang. Habis ahhh hahahaha. Tapi depends on iman masing masing punya pasangan kuat ke tak dengan godaan, luls.

Hmmm itu sahaja lah cara Ifa move on. Ifa tak dapat fikir dah haha. Ke korang ada cara lain jugak? Rileks, memang sakit dan mengambil masa yang lama tapi kalau kita sentiasa ingat dan berdoa kat Allah, inshaAllah Allah akan bantu kita. Yakin!


Ada orang, dia dah move on tapi still tak boleh let go perasaan sayang dan cinta itu. Perasaan itu still ada dalam diri. Ifa pun jujur lah, Ifa still lagi sayang dan cintakan dia tapi Ifa selalu ingatkan diri Ifa yang dia bukan untuk Ifa dan ia akan mengambil masa nak pulih dan hilangkan perasaan ini.

Kalau anda still rasa susah nak let go perasaan ini, anda tak boleh lupakan dia, anda rasa dia adalah yang terbaik untuk ada, anda rasa dia the one and only and anda nak dia jugak, selalu lah ingatkan diri yang...

1. Time korang nangis bagai nak rak, rasa hati ni hancur berkecai, sedih sayu teramat, ada tak si dia tanya okay ke tak? HADO? Tah tah dia tak kesah pun korang nak melalak ke apa. Mata korang bengkak sampai rabun pun dia peduli apa.

2. Time korang demam or sakit sebab sakit yang teramat, ada tak si dia risau kat korang? Tanya pasal korang? HADO? Tah tah korang demam ke atau masuk hospital ke, dia takkan melawat punya sebab ada dia kesah? Huhu. Kesihatan kau, kau jagalah sendiri.

3. Time korang tak lalu nak makan, ada tak si dia tanya dah makan ke belum? HADO? Tah tah dia makan sedap sedap, korang je yang kebulur tak makan sebab layan perasaan. Hahaha Ifa hilang 8kg woi sebab patah hati. Bahaya!

4. Time korang muram and tak ada mood nak happy, ada si dia tanya korang okay ke tak ataupun buat korang happy balik? HADO? Tah tah dia tengah syok gembira dengan pakwe/makwe baru, korang je over sedih sedih. Ingat dia nak pujuk? Please.

5. Time korang asyik post pasal sedih sedih kat laman sosial, ada si dia nak rasa sebersalah or perasan?HADO? Haha ke korang yang syok sendiri ni?

6. Time korang rindu serindu rindunya kat dia, ada si dia pun rindu kat korang? HADO? Podahhh! Baik dia rindu kat pakwe/makwe baru dia daripada rindu kat korang. Buang jela weh perasaan rindu tu. Kalau rindu sangat, berdoa kat Allah supaya korang boleh kawal perasaan rindu itu dan buangkan perasaan yang tak sepatutnya ada dalam diri.

Itulah cara cara Ifa nak let go pada orang yang Ifa sayang. Agak kejam ayat ayat itu tapi betul apa. Kau nangis pasal dia sampai mata sembam tapi dia tengah syok bercintan cintun dengan pakwe/makwe baru, buang masa dan buang air mata kau do. Dah la tu, jangan seksa diri itu. Allah kan ada. Berdoa banyak banyak. Allah akan bantu kita. Allah itu Maha Adil.


Alhamdulillah, Ifa sekarang pun okay lah tapi still dalam proses nak pulih. Jujur Ifa rindu kat dia tapi apa Ifa boleh buat. Dah orang tak nak kat kita, kita tak boleh paksa hati dia. So Ifa sentiasa doakan yang terbaik untuk dia. Kalau itu jodoh dia, semoga bahagia. 

Hidup ini ada pertemuan dan ada perpisahan. Kita kena redha. Allah dah tentukan apa yang terbaik untuk kita. Cuma kita janganlah sakiti perasaan orang. Hati manusia ni lembut. Kalau tak nak kat dia, kenapa perlu nak ada relationship dengan dia from the first? Kenapa nak curang kalau kau sendiri yang buat first move kat dia? Dan kenapa nak perlu sailang dan ganggu hubungan orang? Tolonglah hormat. Ifa paling tak suka orang yang mengamalkan konsep, "selagi kau blum kahwin, aku boleh dapatkan kau" wowww jahatnya kau! Ifa paling tak suka perangai orang macam ini. Minta dijauhkan lah.

So Ifa minta maaf dari hujung rambut sehingga hujung kaki kalau Ifa ada terkasar bahasa or buat ada yang terasa. It is just my opinion. Suka or tak suka,that is not my problem. Aku tak kacau kau, kau jangan kacau aku. 

Last but not least, bila kita rasa patah hati sangat sangat, banyakkan istighfar dan berdoa kepada Allah. InsyaAllah you will be ok. And always remind yourself that time will heal everything, just be patience. Allah akan bantu kita. Sekian~
Cry. Forgive. Learn. Move on. Let your tears water the seeds of your future happiness.